Seperti biasa semoga kehidupan pada hari ini lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Jika hari semalam kita tidak seperti yang dirancang, janganlah kita cepat berputus asa atau lemah semangat. Ini kerana Allah ialah sebaik- baik perancang. Jom kita kembali pada tajuk asal kita; Pasrah Dengan Istikharah. sumber rujukan tajuk kali ini berpandukan solusi isu 42. Saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana telah menunjukkan cara yang sebenarnya mengenai solat istikharah.
Mengapa kita digalakkan untuk melakukan solat istikharah ini? hal ini kerana apabila kita berdepan dengan dua perkara atau lebih yang masing- masing sama harus, sama-sama baik, dan sama- sama manfaat. Tetapi kita mempunyai masalah kerana mempunyai satu sahaja pilihan yang harus dibuat. Kebiasaannya pilihan seperti ini terdapat pada seseorang yang ingin memilih pekerjaan, pasangan hidup, rumah dan sebagainya. Jika dilihat, pilihan seperti ini sama sama halal atau harus, dan yang paling penting mana satu yang harus dipilih? Oleh itu, Allah telah menganugerahkan kepada kita satu kekuatan iaitu solat istikharah.
Kita melakukan solat istikharah kerana ingin mendapatkan yang trbaik daripada pilihan yang baik tersebut. tetapi pilihan yang kita lakukan diiringi dengan istikharah adalah yang paling terbaik kerana mendapat pertolongan dari Allah. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui tentang makhluknya. kebanyakkan masyarakat kita telah melakukan beberapa kesalahan dalam istikharah. Walaupun kesalahan ini nampak remeh tetapi membawa impak yang besar kepada kita untuk membuat pilihan. Antara kesalahan dalam istikharah ialah:

- tiada ilmu tentang solat istikharah
- hanya menunggu alamat mimpi atau alamat- alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat yang lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketenangan emosi, dan kemantapan hati.
- hati sudah kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelim istikharah.
- menyalahkan takdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku setelah istikharah
- langsung tidak melakukan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui atau keliru.
Setelah kita terdetik untuk melakukan istikharah, kita mestilah merasa rendah diri dalam doa istikharah. Doa istikharah yang diajar oleh Rasulullah ini dipanjatkan buatNYa dan boleh juga diamalkan oleh kita.
"Ya Allah aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kepadaMu dengan limpah kurniaanmu yang besar, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara ghaib."
Mungkin sesuatu perkara yang kelihatan baik itu pada pandangan akal dan fikiran kita sebenarnya membawa keburukan dan mudarat kepada kita. Dan mungkin juga sesuatau yang kita anggap buruk untuk kita adalah perkara yang terbaik untuk kita. Seperti yang terdapat dalam al-quran, firman Allah:
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu tetapi ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(surah al-baqarah 2:216)
Sebelum melakukan solat istikharah, kita digalakkan untuk mengosongkan hati dan tunggu datangnya input ketenangan, kelapangan dan kecenderungan terhadap satu satu keputusan setelah melakukan solat tersebut.
Terdapat beberapa cara untuk melakukan istikharah dengan cara yang betul.
- mengakui kesalahan dan bertaubat
- bersih dalam pilihan
- mimpi, gerak hati dan pandangan
- mengulangi istikharah
Petunjuk bukan sahaja datang melalui mimpi. Janganlah kita terlalu taksub sehingga terlalu percaya bahawa petunjuk hanya datang melalui mimpi sahaja. Kita hamba Allah yang tidak sunyi dari melakukan dosa dan kesalahan boleh menyebabkan kadang-kala mimpi itu disalah ertikan. Boleh jadi ia betul-betul petunjuk ataupun hanya gangguan daripada syaitan. Oleh titu, ikutlah gerak hati dan pandangan daripada orang soleh dan yang berilmu. Setelah melakukan solat istikharah yakinlah Allah akan mendorongkan hati dan fikiran kita untuk memilih yang terbaik. Jangan ada penyesalan dan kekesalan setelah menerima impak daripada pilihan yang diperoleh setelah solat istikharah. Jika ada masalah atau cabaran yang menimpa jangan berpatah balik kerana kita sudah ada dijalan yang benar. Apabila timbul masalah dalam urusan jodoh, kerja, jawatan atau apa-apa sahaja yang kita pilih setelah bermesyuarat dan beristikharah, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apatah lagi menyalahkan tuhan. Terimanya sebagai satu musibah yang penuh dengan didikan dan hikmah daripada Allah.
Pasrahlah dengan istikharah, rasakan bahawa perkara yang telah ditetapkan oleh Allah pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan lagi. Mustahil bagi Allah untuk mengecewakan hambaNya yang menyerahkan segala urusan hidup kepadaNya. jangan ragui kasih- sayang Allah yang melimpah, pasrahlah dengan istikharah :))
Jom istikharah:))
#sumber rujukan dari solusi isu 42 oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
*peringatan untuk diri saya dan anda
*peringatan untuk diri saya dan anda
maaf tentang kekhilafan diri ini.

niceee....hehehe
ReplyDelete