Sunday, 15 December 2013

PASRAH DENGAN ISTIKHARAH

Salam


            Seperti biasa semoga kehidupan pada hari ini lebih baik daripada semalam, InsyaAllah. Jika hari semalam kita tidak seperti yang dirancang, janganlah kita cepat berputus asa atau lemah semangat. Ini kerana Allah ialah sebaik- baik perancang. Jom kita kembali pada tajuk asal kita; Pasrah Dengan Istikharah. sumber rujukan tajuk kali ini berpandukan solusi isu 42. Saya amat tertarik dengan tajuk ini kerana telah menunjukkan cara yang sebenarnya mengenai solat istikharah.


           Mengapa kita digalakkan untuk melakukan solat istikharah ini? hal ini kerana apabila kita berdepan dengan dua perkara atau lebih yang masing- masing sama harus, sama-sama baik, dan sama- sama manfaat. Tetapi kita mempunyai masalah kerana mempunyai satu sahaja pilihan yang harus dibuat. Kebiasaannya pilihan seperti ini terdapat pada seseorang yang ingin memilih pekerjaan, pasangan hidup, rumah dan sebagainya. Jika dilihat, pilihan seperti ini sama sama halal atau harus, dan yang paling penting mana satu yang harus dipilih? Oleh itu, Allah telah menganugerahkan kepada kita satu kekuatan iaitu solat istikharah.







            Kita melakukan solat istikharah kerana ingin mendapatkan yang trbaik daripada pilihan yang baik tersebut. tetapi pilihan yang kita lakukan diiringi dengan istikharah adalah yang paling terbaik kerana mendapat pertolongan dari Allah. Sesungguhnya Allah lagi Maha Mengetahui tentang makhluknya. kebanyakkan masyarakat kita telah melakukan beberapa kesalahan dalam istikharah. Walaupun kesalahan ini nampak remeh tetapi membawa impak yang besar kepada kita untuk membuat pilihan. Antara kesalahan dalam istikharah ialah:

  • tiada ilmu tentang solat istikharah
  • hanya menunggu alamat mimpi atau alamat- alamat yang aneh tanpa mempertimbangkan alamat yang lain yang lebih penting seperti kelapangan fikiran, ketenangan emosi, dan kemantapan hati.
  • hati sudah kecenderungan terhadap pilihan tertentu sebelim istikharah.
  • menyalahkan takdir atau menyesal setelah perkara yang tidak diingini atau buruk berlaku setelah istikharah
  • langsung tidak melakukan istikharah dalam membuat keputusan yang diragui atau keliru. 
Setelah kita terdetik untuk melakukan istikharah, kita mestilah merasa rendah diri dalam doa istikharah. Doa istikharah yang diajar oleh Rasulullah ini dipanjatkan buatNYa dan boleh juga diamalkan oleh kita.

"Ya Allah aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu, dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kepadaMu dengan limpah kurniaanmu yang besar, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara ghaib."

           Mungkin sesuatu perkara yang kelihatan baik itu pada pandangan akal dan fikiran kita sebenarnya membawa keburukan dan mudarat kepada kita. Dan mungkin juga sesuatau yang kita anggap buruk untuk kita adalah perkara yang terbaik untuk kita. Seperti yang terdapat dalam al-quran, firman Allah:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu, padahal ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu tetapi ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."(surah al-baqarah 2:216)

            Sebelum melakukan solat istikharah, kita digalakkan untuk mengosongkan hati dan tunggu datangnya input ketenangan, kelapangan dan kecenderungan terhadap satu satu keputusan setelah melakukan solat tersebut. 

Terdapat beberapa cara untuk melakukan istikharah dengan cara yang betul. 
  1. mengakui kesalahan dan bertaubat
  2. bersih dalam pilihan
  3. mimpi, gerak hati dan pandangan
  4. mengulangi istikharah
            Petunjuk bukan sahaja datang melalui mimpi. Janganlah kita terlalu taksub sehingga terlalu percaya bahawa petunjuk hanya datang melalui mimpi sahaja. Kita hamba Allah yang tidak sunyi dari melakukan dosa dan kesalahan boleh menyebabkan kadang-kala mimpi itu disalah ertikan. Boleh jadi ia betul-betul petunjuk ataupun hanya gangguan daripada syaitan. Oleh titu, ikutlah gerak hati dan pandangan daripada orang soleh dan yang berilmu. Setelah melakukan solat istikharah yakinlah Allah akan mendorongkan hati dan fikiran kita untuk memilih yang terbaik. Jangan ada penyesalan dan kekesalan setelah menerima impak daripada pilihan yang diperoleh setelah solat istikharah. Jika ada masalah atau cabaran yang menimpa jangan berpatah balik kerana kita sudah ada dijalan yang benar. Apabila timbul masalah dalam urusan jodoh, kerja, jawatan atau apa-apa sahaja yang kita pilih setelah bermesyuarat dan beristikharah, jangan sesekali menyalahkan diri sendiri apatah lagi menyalahkan tuhan. Terimanya sebagai satu musibah yang penuh dengan didikan dan hikmah daripada Allah. 

            Pasrahlah dengan istikharah, rasakan bahawa perkara yang telah ditetapkan oleh Allah pasti akan berlaku dan tidak dapat dielakkan lagi. Mustahil bagi Allah untuk mengecewakan hambaNya yang menyerahkan segala urusan hidup kepadaNya. jangan ragui kasih- sayang Allah yang melimpah, pasrahlah dengan istikharah :))

Jom istikharah:))

#sumber rujukan dari solusi isu 42 oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.

*peringatan untuk diri saya dan anda




maaf tentang kekhilafan diri ini.

Monday, 9 December 2013

Erti Syukur

Salam dakwah :))
            Pertama sekali, selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda. Diharap sepanjang kehidupan kita ada perlindungan daripada Allah. InsyaAllah. Tanpa perlindungan daripada Allah siapalah kita ini. Hanya hamba yang hina yang tiada kekuatan dan lemah daya sahaja.



            Entry kali ini mengenai syukur. Sahabat saya yang telah membangkitkan tajuk ini. Walaupun tajuk ini nampak ringkas tetapi amat besar maknanya bagi mereka yang faham. Menurut sahabat saya, syukur dapat didefinasikan sebagai ucapan, sikap dan terima kasih kepada Allah dan pengakuan yang tulus terhadap nikmat dan kurniaan yang diberikannya. Ringkas bukan maksudnya. Maksudnya disini, setelah semua nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita hambanya ini diucapkan dengan rasa terima kasih kepada Allah. Terdapat pelbagai cara untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah. Antaranya dengan hati, dengan lidah dan dengan amal perbuatan. Dengan hati, kita mengakui segala nikmat dari Allah. Dengan lidah pula kita mengucapkan alhamdulillah dan dengan amal perbuatan pula kita menggunakan anggota tubuh badan untuk melakukan kerja di jalan Allah. Terdapat satu lagi cara untuk kita bersyukur kepada Allah. Iaitu dengan cara sujud syukur.



          Cuba kita renungkan kembali nikmat Allah apakah pada hari ini yang membolehkan kita bersyukur kepada Allah. Nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, makan, minum dan banyak lagi nikmat Allah yang walaupun kita menggunakan air lautan sebagai dakwat untuk menulis segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, nescaya tidak akan mencukupi walaupun ditambahkan lagi air lautan yang lain.


          Pernah tak kita dengar suara-suara sumbang di kiri kanan kita yang sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Contohnya "gemuknya aku ni. Jeles aku tengok orang kurus-kurus ni". Walaupun nampak seperti ungkapan yang biasa didengari tetapi ini merupakan salah satu bentuk hamba Allah yang tidak tahu bersyukur. Mungkin dia gemuk, tetapi mempunyai kesihatan yang baik dan mempunyai kehidupan yang bahagia berbanding dengan orang kurus tersebut. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang kufur nikmat Allah ini.

Perkataan syukur disebut 64 kali didalam Al-Quran.

Al Quran Surat An Nahl ayat 18 (16:18): 
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. 

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


Al-Quran surah An Nahl 18 (16:78)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."


Al-Quran surah An Nahl 18 (16:114)

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata."

           Ayat-ayat di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada Al-Quran. Betapa Allah amat mementingkan sifat syukur ini ditanam didalam hati kita. Syukur bukan sahaja apabila kita diberikan nikmat sahaja. Malah apabila kita ditimpa musibah juga kita digalakkan untuk bersyukur dan ditambah pula dengan sabar diatas ujian tersebut. Disamping itu kita juga mestilah mencari jalan penyelesaian terhadap musibah yang menimpa kita ini. Oleh sebab itu, kita mestilah selalu melihat orang yang dibawah kita, jangan melihat orang yang diatas kita. Jika tidak kita akan sentiasa tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. 

           Marilah kita bersama-sama menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan segala yang telah diberikan oleh Allah yang tidak terhitung nilainya oleh manusia. :))
O Allah, my Creator
Dakwah
p/s: maaf tentang kekhilafan diri ini




Saturday, 7 December 2013

Lillahitaa'la

Salam

Ok entry hari ni mengenai lillahitaa'la. Macam mana boleh nak buat tajuk ni ek? Sebabnya pergi dengar usrah minggu lepas. Usrah kali ni lebih santai dan lepak berbanding dengan sem lepas. masing- masing meluahkan pendapat sendiri. takpun menyatakan kemushkilan tentang sesuatu perkara, kemudian berbincang. Macam expert je masing- masing.heee.




Pernah tak kita tanya hati kita sebenarnya apa- apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita ni adalah kerana Allah ataupun hanya sekadar memenuhi kewajipan sahaja. Contohnya solat fardu. Adakah kita lakukan kerana lillahitaa'la ataupun kerana solat itu adalah kewajipan untuk setiap umat islam? Apabila salah seorang ahli usrah saya menyatakan perkara demikian, saya terkesima seketika. Kadang- kadang pernah je saya bermalas- malasan untuk solat dan melambatkan waktu solat.
Allah with us
Love Allah, and Allah will love you back
:))

Tak pun, pernah juga kita nak menderma di masjid. Niat dihati memang ikhlas, tapi ada satu niat jahat datang dan menyebabkan kita sendiri yang meragui keikhlasan hati kita untuk lillahitaala. Bagi saya soal lillahitaala ini sangat sukar untuk ditafsir walaupun dengan diri kita sendiri. Perkara ini merupakan perkara ghaib. Yang mengetahui hanyalah Allah. Hanya dia yang mengetahui niat di hati kita.

Ada seorang sahabat saya pernah berkata, sebenarnya apa- apa yang kita lakukan terserah kepada Allah. Kita perlu yakin bahawa Allah menerima amalan kita. Tapi bersesuaian dengan cara kita melakukan perkara tersebut. Janganlah kita hanya lakukan sambil lewa tapi kita yakin Allah menerima amalan kita. Tak patut bukan? so tepuk dada dan tanya iman.


Dalam kehidupan, kita perlukan LIVE LAUGH and LOVE :))


So konklusinya disini lillahitaala itu bergantung kepada niat kita. sekiranya kita telah lakukannya ikhlas kerana Allah, tidak mustahil bukan untuk Allah menerima amalan kita itu. Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani hambanya :))



p/s: maaf tentang kekhilafan diri ini

Friday, 29 November 2013

Siapakah di hati kita?

Assalammualaikum walaupun dimana anda berada.

       Diharap kehidupan pada hari ini dimulakan dengan doa dan juga puji- pujian kepada Allah. InsyaAllah.hm tajuk entry kali ini macam tak best je kan? Tengok tajuk pun dah tahu bosan. Tapi saya di sini hanya nak menyatakan pendapat dan pandangan sahaja. Ataupun berkongsi maklumat. Jalan kearah kebaikan ini walaupun nampak mudah dan damai tapi sebenarnya amat sukar dan lagi  payah apabila dikelilingi oleh insan yang suka merendah- rendahkan diri kita. 

       Yang hanya mampu dilakukan seorang pendakwah dapat lakukan ialah berdoa kepada Allah agar apa yang disampaikan, ditunjukkan dapat diterima oleh orang ramai. ok, kita kembali kepada tajuk asal kita, 'siapakah dihati kita?..tentu pelbagai wajah yang terlintas difikiran bukan? mungkin ada yang berkata mestilah ibu bapa, kalau yang sudah berkahwin mungkin mereka akan berkata sama ada suami atau isteri mereka, hmm..bagi pasangan yang bercinta pula mereka akan terbayangkan wajah pasangan masing- masing. 

      Sebenarnya Allah ialah perkara utama yang perlu kita ingati didalam lubuk hati kita. 

Dalam surah Al Baqarah ayat 152,
"Ingatlah kamu kepadaku, nescaya aku ingat (pula) kepadamu"





      Telah tertulis didalam Al-quran surah Al Baqarah ayat 152. Banyak lagi ayat didalam Al quran yang berkaitan dengan mengingati Allah. Kadangkala saya ini sebagai manusia biasa pun selalu terleka dengan dunia sehingga memikirkan masalah yang di timpa oleh saya lebih penting daripada mengingati Allah. 

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’du: 28).

   Oleh itu, marilah kita sama sama memperbetulkan hati kita ini agar sentiasa ingat kepada Allah. Bukan hanya ingat sahaja tetapi tidak melakukan apa apa perbuatan ataupun usaha untuk mengingati Allah. Hanya dengan berzikir pun sudah dikira perbuatan untuk mengingati Allah. Segala masalah akan hilang dan jiwa akan tenteram. Itu janji Allah :))