Diharap kehidupan pada hari ini dimulakan dengan doa dan juga puji- pujian kepada Allah. InsyaAllah.hm tajuk entry kali ini macam tak best je kan? Tengok tajuk pun dah tahu bosan. Tapi saya di sini hanya nak menyatakan pendapat dan pandangan sahaja. Ataupun berkongsi maklumat. Jalan kearah kebaikan ini walaupun nampak mudah dan damai tapi sebenarnya amat sukar dan lagi payah apabila dikelilingi oleh insan yang suka merendah- rendahkan diri kita.
Yang hanya mampu dilakukan seorang pendakwah dapat lakukan ialah berdoa kepada Allah agar apa yang disampaikan, ditunjukkan dapat diterima oleh orang ramai. ok, kita kembali kepada tajuk asal kita, 'siapakah dihati kita?..tentu pelbagai wajah yang terlintas difikiran bukan? mungkin ada yang berkata mestilah ibu bapa, kalau yang sudah berkahwin mungkin mereka akan berkata sama ada suami atau isteri mereka, hmm..bagi pasangan yang bercinta pula mereka akan terbayangkan wajah pasangan masing- masing.
Sebenarnya Allah ialah perkara utama yang perlu kita ingati didalam lubuk hati kita.
Dalam surah Al Baqarah ayat 152,
"Ingatlah kamu kepadaku, nescaya aku ingat (pula) kepadamu"
Telah tertulis didalam Al-quran surah Al Baqarah ayat 152. Banyak lagi ayat didalam Al quran yang berkaitan dengan mengingati Allah. Kadangkala saya ini sebagai manusia biasa pun selalu terleka dengan dunia sehingga memikirkan masalah yang di timpa oleh saya lebih penting daripada mengingati Allah.
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan berzikir (mengingat) Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” (Qs. ar-Ra’du: 28).

Oleh itu, marilah kita sama sama memperbetulkan hati kita ini agar sentiasa ingat kepada Allah. Bukan hanya ingat sahaja tetapi tidak melakukan apa apa perbuatan ataupun usaha untuk mengingati Allah. Hanya dengan berzikir pun sudah dikira perbuatan untuk mengingati Allah. Segala masalah akan hilang dan jiwa akan tenteram. Itu janji Allah :))