SALAM :)
Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Saw, para sahabat dan ahli keluarga baginda.
alhamdulillah kerana dengan izin Nya dapat saya kembali semula menulis entry pada kali ini setelah sekian lama menyepi. menyepi kerana dunia kononnya.
sebenarnya entry saya pada kali ini berkaitan dengan diri saya sahaja.
tak semua manusia itu sering terlupa kerana mereka dikurniakan akal fikiran yang cergas lagi mantap.
maksud saya disini ialah, terlupa pada Yang Maha Mencipta.
Allah is all I have
kalau bukan kerana sahabat saya yang amat saya kagumi itu tidak 'follow' saya di IG, mungkin saya tidak merasakan lagi bahawa saya ini sudah terlupa pada Allah.
Allah, malangnya sungguh diriku ini kerana sentiasa lalai daripada mengingatiMU.
walhal, Engkau sedikitpun tidak pernah melupakan hambaMu.
Makin diberikan rezeki yang melimpah ruah untuk hambaNya merasakan kenikmatan dan kesenangan hidup di dunia.
ternampak di 'wall' IG nya itu url untuk ke blog penulisannya.
Mulanya hanya ingin melihat lihat sahaja.
Tetapi kerana penulisannya amat menyentuh jiwa dan perasaan saya, menyebabkan saya ralit untuk terus membacanya.
Allah, walaupun perkongsiannya amat pendek dan dan ringkas, tetapi maksud yang ingin disampaikan tercapai.
Sungguh saya merasakan sesuatu di dalam hati saya.
merasakan bahawa saya amat lalai dengan masalah saya dan juga urusan dunia sehingga saya tidak merasakan Allah sentiasa bersama saya ketika saya senang dan susah.
Saya malu dengan diri sendiri
Sesungguhnya, saya amat menyanjungimu sahabat.
Saya sering mengeluh mengapa saya selalu ditimpa ujian?
Adakah kerana Allah sudah tidak sayang saya lagi?
MasyaAllah, sehingga begitu saya memikirkan tentang Allah.
Saya lupa, Allah di sisi saya.
Saya lupa bahawa segala ujian yang Allah berikan pada saya untuk saya lebih bersedia untuk cabaran pada masa hadapan yang lebih mencabar.
Yang paling penting, Allah nak lihat saya berbicara dengan NYA.
Melahirkan kata kata penuh penyesalan dan penuh keinsafan.
Bertaubat daripada dosa silam.
Terima Kasih sahabat.
Walaupun engkau menganggap ku sebagai kawan mu yang biasa, tetapi ketahuilah bahawa, kau telah menyedarkan ku.
Terima Kasih.
Semoga Allah membalas segala jasa baik mu itu
lets spread the smile:))
Allah is the only One



























