Tuesday, 21 January 2014

'RASA'

Assalammualaikum..
     Terasa kekok pula untuk menulis pada entry kali ini. Maklumlah telah lama tidak meng ‘update’ blog. Entry saya pada kali ini lebih santai sahaja. Maaflah andai bahasa yang digunakan tidak bersesuaian atau pun mungkin kasar. Entry kai ini saya lebih tertarik dengan topik ‘RASA’. Rasa yang saya maksudkan bukan dengan menggunakan lidah, tetapi yang dirasai oleh hati dan perasaan. Contohnya suka, benci, kecewa, sedih, iri hati dan macam- macam lagi rasa yang setiap manusia lalui tetapi dengan berlainan pengalaman.




     Setiap orang pasti mempunyai rasa yang sama. Contohya seperti gembira atau suka akan sesuatu perkara yang membuatkan perasaan kita tenang sehingga orang di sekeliling kita dapat mengetahui perasaan gembira kita melalui riak wajah. Ya memang benar bahawa perasaan gembira yang lahir tergambar dari riak muka tidak dapat dinafikan keikhlasannya. Tempiasnya dapat dirasa oleh orang sekelilng. Pernah satu ketika saya berbual dengan sahabat saya. Sambil berbual saya dapat melihat senyuman di raut mukanya sedang menggambarkan bahawa dia sedang gembira.  Saya teringin sekali sentiasa mempunyai perasaan ini. Bagi saya biarlah jangan Allah tarik rasa gembira ini dari hati saya buat selama lamanya supaya segala gusar dihati saya ini dapat dihapuskan. 




     Rasa yang paling tidak disukai oleh setiap orang ialah rasa sedih dan kecewa. Rasa ini bagi saya amat perit dan pedih untuk ditelan walaupun perkara yang membuatkan kita sedih dan kecewa itu telah lama berlalu. Cukuplah hanya sekali dua sahaja rasa ini datang menghampiri kita. Untuk sembuh memang amat amat payah. Tetapi rasa inilah yang membuatkan kita lebih kuat dan lebih mengenali dunia. Bahawa dunia ini hanyalah mainan hidup dan persiapan untuk keakhirat. Dan rasa sedih dan kecewa inilah yang dapat mengembalikan manusia ke jalan yang benar. Selain itu juga rasa ini dapat menginsafkan manusia daripada terus melakukan kesilapan yang berulang- ulang kali.





     Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak boleh menolak segala yang telah ditetapkann oleh Allah. Jika Allah inginkan kita merasai perasaan sedih, kecewa, marah, suka dan bermacam lagi rasa, maka kita akan tetap merasainya dengan izin Allah. Jika kita telah ditakdirkan untuk merasai rasa sedih dan kecewa ini seeloknya tidak diterjemahkan melalui riak muka. Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu bukannya manusia yang hanya mampu untuk bersimpati sahaja. Luahkan segala yang terpendam kepada Allah ketika sujud menghadapnya ketika hening di tengah malam. InsyaAllah rasa sedih dan kecewa itu walaupun tidak hilang sepenuhnya tetapi kita tahu bahawa Allah amat dekat dengan kita dan hanya dia yang mampu menguatkan hati kita untuk menghadapi rasa sedih dan kecewa ini. 




    Oleh itu, segala rasa ini diciptakan oleh Allah untuk pelengkap hidup kita di dunia ini yang jalannya tidak selamanya lurus. Jika tidak, untuk apa Allah ciptakan rasa untuk hambanya kalau bukan untuk dirasai? tepuk dada, tanya diri..



p/s : maaf tentang kekhilafan diri ini


No comments:

Post a Comment