Monday, 9 December 2013

Erti Syukur

Salam dakwah :))
            Pertama sekali, selawat dan salam keatas junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda. Diharap sepanjang kehidupan kita ada perlindungan daripada Allah. InsyaAllah. Tanpa perlindungan daripada Allah siapalah kita ini. Hanya hamba yang hina yang tiada kekuatan dan lemah daya sahaja.



            Entry kali ini mengenai syukur. Sahabat saya yang telah membangkitkan tajuk ini. Walaupun tajuk ini nampak ringkas tetapi amat besar maknanya bagi mereka yang faham. Menurut sahabat saya, syukur dapat didefinasikan sebagai ucapan, sikap dan terima kasih kepada Allah dan pengakuan yang tulus terhadap nikmat dan kurniaan yang diberikannya. Ringkas bukan maksudnya. Maksudnya disini, setelah semua nikmat dan kurniaan yang diberikan oleh Allah kepada kita hambanya ini diucapkan dengan rasa terima kasih kepada Allah. Terdapat pelbagai cara untuk mengucapkan rasa syukur kepada Allah. Antaranya dengan hati, dengan lidah dan dengan amal perbuatan. Dengan hati, kita mengakui segala nikmat dari Allah. Dengan lidah pula kita mengucapkan alhamdulillah dan dengan amal perbuatan pula kita menggunakan anggota tubuh badan untuk melakukan kerja di jalan Allah. Terdapat satu lagi cara untuk kita bersyukur kepada Allah. Iaitu dengan cara sujud syukur.



          Cuba kita renungkan kembali nikmat Allah apakah pada hari ini yang membolehkan kita bersyukur kepada Allah. Nikmat melihat, mendengar, berkata-kata, makan, minum dan banyak lagi nikmat Allah yang walaupun kita menggunakan air lautan sebagai dakwat untuk menulis segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita, nescaya tidak akan mencukupi walaupun ditambahkan lagi air lautan yang lain.


          Pernah tak kita dengar suara-suara sumbang di kiri kanan kita yang sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang mereka ada. Contohnya "gemuknya aku ni. Jeles aku tengok orang kurus-kurus ni". Walaupun nampak seperti ungkapan yang biasa didengari tetapi ini merupakan salah satu bentuk hamba Allah yang tidak tahu bersyukur. Mungkin dia gemuk, tetapi mempunyai kesihatan yang baik dan mempunyai kehidupan yang bahagia berbanding dengan orang kurus tersebut. Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang kufur nikmat Allah ini.

Perkataan syukur disebut 64 kali didalam Al-Quran.

Al Quran Surat An Nahl ayat 18 (16:18): 
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. 

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang


Al-Quran surah An Nahl 18 (16:78)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."


Al-Quran surah An Nahl 18 (16:114)

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata."

           Ayat-ayat di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada Al-Quran. Betapa Allah amat mementingkan sifat syukur ini ditanam didalam hati kita. Syukur bukan sahaja apabila kita diberikan nikmat sahaja. Malah apabila kita ditimpa musibah juga kita digalakkan untuk bersyukur dan ditambah pula dengan sabar diatas ujian tersebut. Disamping itu kita juga mestilah mencari jalan penyelesaian terhadap musibah yang menimpa kita ini. Oleh sebab itu, kita mestilah selalu melihat orang yang dibawah kita, jangan melihat orang yang diatas kita. Jika tidak kita akan sentiasa tidak mensyukuri nikmat yang Allah berikan. 

           Marilah kita bersama-sama menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan segala yang telah diberikan oleh Allah yang tidak terhitung nilainya oleh manusia. :))
O Allah, my Creator
Dakwah
p/s: maaf tentang kekhilafan diri ini




1 comment: